INFO TERKINI

SALAM 1 MALAYSIA

Assalammualaikum W.B.T 
kepada semua warga SKPP16(1) dan juga kepada ibu bapa serta kepada seluruh rakyat Malaysia amnya yang telah melawati laman blog sekolah kami. Blog ini dibuat atas dasar mengeratkan silaturrahim dan komunikasi antara ibu bapa dan guru-guru sekolah bagi membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid sekolah dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan menyampaikan maklumat-maklumat, program-program serta aktiviti-aktiviti terkini yang telah/akan dijalankan oleh pihak sekolah didalam blog ini. Pihak sekolah berharap pihak ibu bapa dapat memberikan sedikit sebanyak pandangan (idea-idea) dalam membantu meningkatkan prestasi dan mutu pelajaran di sekolah ini. Pihak sekolah juga berharap pihak ibu bapa dapat melayari laman web sekolah ini dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Puan Norihan Bt Ismail
Guru Besar

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14



Sila Klik link untuk maklumat lebih lanjut :-

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) KALI KE -14 SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)




NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) KALI KE -14  SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk .
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Putrajaya Presint 16(1) akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -14 seperti ketetapan berikut.


Hari : Sabtu
Tarikh : 10 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Aras 9. Blok E12. Parcel E


3. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa / penjaga dijemput untuk turut serta bagi menjayakan program ini demi pemuafakatan PIBG dan kepentingan pendidikan anak-anak didik sekolah ini.

4. Sila lengkapkan Borang Jawapan Kehadiran dan Borang Usul di pautan : http://bit.ly/2EUUkka selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Mac 2018.

5. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

       5.1 Ucapan Penasihat
       5.2 Ucapan YDP PIBG
       5.3 Membentang, membincangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat                 Agung Kali ke -13
     5.4 Perkara berbangkit
     5.5 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan
     5.6 Membentang dan Menerima Penyatan Kewangan Tahunan
     5.7 Membahas dan Menerima Usul
     5.8 Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018
     5.9 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
     5.10 Hal-hal lain
     5.11 Ucapan Penangguhan


6. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.



ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 2018

8.00 pagi : Pendaftaran

8.30 pagi : Bacaan doa
                : Lagu Negaraku
                  Lagu Wilayah

8.45 pagi : Ucapan Penasihat PIBG
                  Pn. Norihan bt. Ismail
                  Guru Besar SKPP 16(1)

9.00 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG
                   Dato’ Seri Dr. Suhaime b. Hj. Saad

9.30 pagi : Taklimat VLE dan Class Dojo
                   En. Muhamad Hazwan Akmal b Ismail
                   En. Mohd Anizan b Saidin

9.40 pagi : Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada AJK
                  PIBG sesi 2017/2018

9.55 pagi : Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada murid
                  UPSR 6A 2017

10.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14
                    - Membentang, membincangkan dan mengesahkan Minit
                      Mesyuarat Agung Kali Ke-13
                    - Perkara Berbangkit
                    - Membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2017/2018
                    - Membentang dan menerima laporan dan Penyata Kewangan
                      Tahunan
                    - Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2017/2018
                    - Pelantikan Pengerusi mesyuarat sementera
                    - Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019
                    - Membahas dan menerima usul
                    - Hal-hal lain
                    - Ucapan penangguhan

11.30 pagi : Persembahan murid

12.00 t/hari : Cabutan bertuah


12.30 t/hari : Bersurai

Link Surat Panggilan & Aturcara Majlis :-

https://goo.gl/D8J9k9


 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

https://goo.gl/AKPD3n

Borang Usul PIBG

https://goo.gl/XDjZRz

HARI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2018


PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) TAHUN 2018

PROSES PERMOHONAN KEMASUKAN MURID 
KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) 
TAHUN 2018

*PERMOHONAN KEMASUKAN KE KAFA SKPP HENDAKLAH DITERIMA DARIPADA   MURID YANG MENDAFTAR DI SKPP TERSEBUT SAHAJA.

**BORANG BOLEH DIMUATTURUN DISINI "KLIK"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami dari SK Putrajaya Presint 16 (1) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat islam.Bagi yang pulang ke kampung halaman hati-hati memandu dan ingatlah yang tersayang.