INFO TERKINI

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) KALI KE -14 SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)




NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) KALI KE -14  SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk .
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Putrajaya Presint 16(1) akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -14 seperti ketetapan berikut.


Hari : Sabtu
Tarikh : 10 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Aras 9. Blok E12. Parcel E


3. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa / penjaga dijemput untuk turut serta bagi menjayakan program ini demi pemuafakatan PIBG dan kepentingan pendidikan anak-anak didik sekolah ini.

4. Sila lengkapkan Borang Jawapan Kehadiran dan Borang Usul di pautan : http://bit.ly/2EUUkka selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Mac 2018.

5. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

       5.1 Ucapan Penasihat
       5.2 Ucapan YDP PIBG
       5.3 Membentang, membincangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat                 Agung Kali ke -13
     5.4 Perkara berbangkit
     5.5 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan
     5.6 Membentang dan Menerima Penyatan Kewangan Tahunan
     5.7 Membahas dan Menerima Usul
     5.8 Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018
     5.9 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
     5.10 Hal-hal lain
     5.11 Ucapan Penangguhan


6. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.



ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 2018

8.00 pagi : Pendaftaran

8.30 pagi : Bacaan doa
                : Lagu Negaraku
                  Lagu Wilayah

8.45 pagi : Ucapan Penasihat PIBG
                  Pn. Norihan bt. Ismail
                  Guru Besar SKPP 16(1)

9.00 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG
                   Dato’ Seri Dr. Suhaime b. Hj. Saad

9.30 pagi : Taklimat VLE dan Class Dojo
                   En. Muhamad Hazwan Akmal b Ismail
                   En. Mohd Anizan b Saidin

9.40 pagi : Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada AJK
                  PIBG sesi 2017/2018

9.55 pagi : Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada murid
                  UPSR 6A 2017

10.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14
                    - Membentang, membincangkan dan mengesahkan Minit
                      Mesyuarat Agung Kali Ke-13
                    - Perkara Berbangkit
                    - Membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2017/2018
                    - Membentang dan menerima laporan dan Penyata Kewangan
                      Tahunan
                    - Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2017/2018
                    - Pelantikan Pengerusi mesyuarat sementera
                    - Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019
                    - Membahas dan menerima usul
                    - Hal-hal lain
                    - Ucapan penangguhan

11.30 pagi : Persembahan murid

12.00 t/hari : Cabutan bertuah


12.30 t/hari : Bersurai

Link Surat Panggilan & Aturcara Majlis :-

https://goo.gl/D8J9k9


 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

https://goo.gl/AKPD3n

Borang Usul PIBG

https://goo.gl/XDjZRz